Wednesday 5 September 2018

TEMPAT MENARIK

1. Pantai Batu Ferringhi






 Pantai Batu Ferringhi adalah sebagai destinasi yang terakhir untuk entri.Bagi yang selalu datang ke Pulau Pinang anda pasti akan bersetuju bahawa Pantai Batu Ferringhi ini merupakan pantai yang paling popular di Pulau Pinang.
Di sini juga anda dapat berjalan di atas pantai pasir yang luas sambil menikmati tiupan angin laut yang nyaman. Selain daripada itu anda juga boleh melakukan dengan aktiviti sukan air seperti jetski dan parasailing.

Lokasi : Pantai Batu Ferringhi, Batu Ferringhi, Pulau Pinang.


2. Gurney Drive







Jika anda mencari tempat makan paling menarik di Pulau Pinang jangan lupa singgah ke Gurney Drive. Tempat ini menjadi meriah pada waktu malam dengan setiap warung yang menyediakan hidangan yang berbeza kerana anda tidak kurang pilihan makanan untuk dipilih.

Kerana laut hanya dalam beberapa minit sahaja dari tempat ini jika anda pilih untuk ke sana pada waktu malam. Anda boleh makan dalam keadaan rileks sambil menikmati tiupan angin laut yang nyaman. Disebabkan  populariti Gurney Drive ini semakin meningkat, terdapat banyak apartment dan hotel baru yang didirikan di sini dan tempat ini menjadikan kawasan perdagangan kedua paling sibuk di pulau tersebut.

Lokasi : Gurney Dr, George Town, 10250 Pulau Pinang

3. Fort Cornwallis







Fort Cornwallis ini merupakan tempat pertama Sir Francis Light menjejak kakinya ke bumi Malaysia pada tahun 1876.

Banyak dari infrastuktur asalnya masih berdiri kukuh dan anda berpeluang untuk melihat beberapa bangunan bersejarah yang pada zaman itu memainkan senjata dan kelengkapan perang.

Waktu Operasi : Isnin - Ahad  ( 9.00a.m - 6.30 pm )

Lokasi : Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, George Town, 10200 Pulau Pinang.


4. Bukit Bendera






Bukit Bendera ini merupakan stesyen bukit british yang tertua di Asia Tenggara dan diatas terdapat 52 lot bunglow yang dibina pada 100 tahun dahulu.
Untuk ke puncak anda tidak perlu berjalan kerana anda boleh menaiki funicular train service. Banyak aktiviti menarik menanti anda di  puncak nanti seperti melihat pemandangan Pulau Pinang yang mengkagumkan di Skydeck, melihat gelagat lucu burung hantu di owl muzium dan sebagainya.

Lokasi : 442, Jalan Bukit Bendera, Ayer itam, 11500 Pulau Pinang.

5. Taman Negara Pulau Pinang



Taman Negara Pulau Pinang adalah taman Negara yang paling kecil di Negara ini dan ia diberi nama hutan simpan Aceh oleh penduduk tempatan. Kalau anda kaki mengembara dalam hutan, anda pasti akan melawat tempat ini kerana ia terletak berhampiran dengan pantai Kerachut. Ia juga sebuah tempat popular untuk memancing.
Lokasi : Pejabat Taman Negara P.Pinang, Jalan Hassan Abbas, Balik Pulau, 11050 Pulau Pinang.

MAKANAN DAN MINUMAN

Senarai tempat makan sedap di Pulau Pinang ini adalah untuk rujukan kepada anda yang ingin mencari lokasi tempat sedap yang ada di Pulau Pinang sama ada yang ke negeri ini untuk bercuti atau pun atas urusan kerja.
Di Penang, selain daripada tempat menarikhotel dan tempat membeli belah, negeri ini juga banyak tempat makan sedap yang anda boleh cuba. Kalau bercuti ke Pulau Pinang tak sah kalau tak pekena nasi kandar, pasembur, char kuew teaw, rojak, kari, kurma, laksa penang dan macam-macam lagi kerana Penang sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang berasaskan rempah dan layak dikatakan sebagai syurga makanan.

10 Tempat Makan Sedap Di Pulau Pinang

Disini kami kumpulkan beberapa tempat makan sedap di Pulau Pinang yang boleh anda kunjungi bila ke negeri ini dan senarai ini kami susun untuk memudahkan anda mencari lokasi tempat makan sedap di Pulau Pinang untuk menjadikan percutian anda ke negeri ini lebih bermakna.
Semoga dengan senarai 10 tempat makan sedap di Pulau Pinang ini dapat membantu anda mencari dan memilih tempat makan yang sesuai dengan selera anda. Jom kita lihat senarai tempat makan sedap di Pulau Pinang dibawah.

1. Restoran Hameediyah

Restoran Hameediyah tempat makan sedap di pulau pinang
Restoran Hameediyah merupakan restoran nasi kandar yang paling lama bertapak di Lebuh Campbell, Penang sejak dari tahun 1907 lagi. Menurut orang-orang di sini, kalau nak rasa nasi kandar yang asli dan sedap kena pergi ke Restoran Hameediyah. Menurut sumber media tempatan, lebih 50 chef dari luar negara yang telah mengiktirafkan kesedapan menu-menu makanan dari Restoran Hameediyah ketika di majlis makan malam bersempena Festival Makanan Asia pada tahun 2014.
Seperti kebanyakan kedai makan nasi kandar yang lain, mereka juga menyediakan nasi beriyani, roti canai, masakan kurma, kari, dalcha sotong, okra, rojak dan juga murtabak. Kedai ini dibuka setiap hari kecuali Jumaat dari pukul 11 pagi sehinggalah ke 11 malam. Kalau nak makan lauk tengahari yang fresh dan panas-panas, kenalah datang awal-awal.
Selain kerana rasanya yang sedap, harga makanan-makanan di sini juga berpatutan. Dan rasa dia dari dulu sampai sekarang sentiasa konsisten. Bukan seperti di setengah tempat, sekejap sedap sekejap tak. Tengok dia punya kari udang atas macam mahal. Tapi hanya antara RM 7- RM12 sahaja.

2. Teochew Chendul (Penang Road)

Teochew Chendul tempat makan sedap di pulau pinang
Kalau nak rasa cendol terbaik di Pulau Pinang ni anda boleh berkunjung ke TeoChew Chendul yang terletak di Lebuh Keng Kwee untuk rasa cendol yang memang terkenal disini. Bila dah sampai sini jangan pula anda terkejut jika ramai orang beratur untuk beli cendol sebab keadaan beratur tu memang macam tu hari-hari.
Nak beli makanan pun beratur, masa tengah makan pun kena beratur sebab tak cukup tempat. Memang inilah penangan cendol terbaik ini dan servis pun laju. Memang tak menyesal rasa cendol disin lagi-lagi waktu panas dan penat berjalan-jalan disekitar Pulau Pinang. Memang best!

3. Abang Misai Char Koay Teow

Abang Misai Char Koay Teow
Menggunakan tagline “telur ayam dibasuh” menjadikan Abang Misai Char Koay Teow menjadi pilihan ramai kerana menjamin kebersihan setiap masakannya. 3 menu utama di sini yang menjadi pilihan pelanggan-pelanggan di Penang ialah sudah tentu Char Kuew Teaw, Kuew Teaw Ala Cina dan Nasi Goreng Udang. Besaq-besaq udang yang dia sajikan disini.
Seperti kebanyakan kedai char kuew teaw lain, bila ditanya apakah bahan yang menjadikan masakan sesebuah char kuew teaw tu sedap, jawapannya mestilah kicapnya. Kicap hitam cair yang digunakan untuk memasak di sini buatan abang misai sendiri iaitu pemiliknya kedai makan ni. Memang susah nak cari Char Kuew Teaw yang sedap dan popular di tempat lain di Penang. Kalau datang ke sini dan nak lagi puas hati, jangan lupa untuk order Char Kuew Teaw Special! Baru banyak udang dan kerang dia.

4. Restoran Sup Hameed

Restoran Sup Hameed
Jika anda penggemar sup dan ingin merasa sup yang digemari ramai terutamanya di Penang ni, anda boleh cuba makan di Restoran Sup Hameed. Gelaran ‘Best Soup in Town‘ antara gelaran yang diberikan kepada mereka kerana keenakkan sup yang memang memikat hati pada sesiapa sahaja yang merasainya.
Untuk mencari restoran ini tidak susah kerana restoran ini terletak di Jalan Penang berdekatan dengan Sekolah Convert. Hirup sup sambil cicah dengan roti memang menyelerakan. Nak cuba sup mereka anda boleh datang kesini.

5. Fisherman Grill

Fisherman Grill
Kalau nak merasa makanan laut yang segar dengan masakan jenis ala barat dan melayu sket-sket, boleh lah ke Fisherman Grill. Restoran ini dibuka setiap hari Selasa sehinggalah ke hari Ahad. Kalau nak makan tengahari bermula pukul 11.30 pagi sehinggalah ke pukul 2.30 petang. Kalau lambat melepas lah sebab lepas pukul 2.30 petang kedai ni akan ditutup dan dibuka semula bermula 6 petang sehinggalah ke 10.30 malam.
Mereka akan menyediakan menu-menu berdasarkan ikan atau hidupan laut apa yang segar pada hari-hari tertentu. Setiap hari pemilik kedai atau chefnya yang akan ke pasar untuk mencari ikan-ikan dan makanan laut untuk dijadikan menu masakan. Yang mana best dan fresh mereka akan beli dan masak dan hidangkan kepada pelanggan. Antara ikan yang menjadi menu wajib seperti siakap, jenahak, kerapu, kirisi bali (biji nangka), udang galah dan sebagainya.
Bagi yang alergik nak makan seafood, jangan bimbang Fisherman Grill juga ada menyediakan menu makanan yang berasaskan ayam, kambing dan lembu. Antara menu yang menarik di sini ialah Bombay Lamb dan antara menu yang paling mendapat permintaan ramai di sini ialah Udang Harimau dengan Seafood Thermidor! Kalau datang honeymoon, semestinya satu tempat makan menarik di waktu malam bersama yang tersayang di area Penang.

6. Roti Bakar Transfer Road

Roti Bakar Transfer Road
Lokasi menarik untuk sarapan pagi adalah dengan berkunjung ke Roti Bakar Transfer Road. Berdekatan sahaja dengan Nasi Padang International Hotel ini, gerai roti bakar dan roti canai ini menjadi tenpat kegemaran bagi setiap pengunjung dari serata dunia.
Antara menu yang boleh dicuba adalah roti bakar telur goyang dan sudah semestinya roti canai ayam yang memang terbukti sedap! Mudah saja untuk jumpa gerai ini, kalau tengok dekat Transfer Road tu ada gerai yang ramai orang, itulah tempatnya.

7. Nasi Kandar Deen Maju

Nasi Kandar Deen Maju
Salah satu restoran nasi kandar yang terbaik di Penang yang anda boleh cuba adalah di Nasi Kandar Deen Maju yang terletak di Jalan Gudwara, Georgetown. Restoran ini dah lama beroperasi disini dan mempunyai pelanggan setianya setiap hari. Kalau datang kesini memang tak sah kalau kena beratur. Jadi anda perlu bersabar jika ingin menikmati nasi kandar disini. Maklumlah nasi kandarnya memang terbaik.
Restoran ini beroperasi dari jam 2.30 petang sehingga 11.00 malam. Sesiapa yang datang kesini jangan lupa untuk cuba ayam gorengnya yang memang menjadi buah mulut orang ramai dan pastikan anda datang awalnya kalau tak nak beratur panjang-panjang.
8. Rojak Pasembor
Rojak Pasembor
Kalau datang ke Penang tak pekena Rojak Pasembor memang rugi dan kalau anda nak rasa pasembor yang terbaik anda boleh datang ke Famous Pasembor Gurney. Disini terdapat pelbagai jenis bahan rojak yang boleh anda pilih. Tetapi diigatkan pilih yang betul-betul anda nak makan sahaja dan kawal nafsu sebab memang rambang mata lihat bahan rojak disini. Bukan apa takut membazir pulak nanti.
Waktu yang terbaik makan kat sini adalah waktu malam kerana memang layan makan rojak pasembor sambil melayan angin malam. Lokasi ini juga dekat dengan Pantai Batu Feringgi. Jadi angin malam dari laut tu memang terasa. Lepas makan rojak pasembor ni lepas tu jalan-jalan menikmati keindahan persekitaran bandar Georgetown memang best.

9. Koo Boo Cafe

Koo Boo cafe
Nak rasa makanan lain daripada yang lain? Anda boleh cuba Nasi 7 benua yang terdiri daripada nasi minyak, nasi tomato, nasi lemak, nasi hujan panas, nasi lemuni, nasi putih dan nasi kacana. Anda juga boleh menambah lauk-lauk lain seperti sambal, ayam goreng, ikan, telur dan macam-macam lagi. Memang warna warni hidangan ini dan ia merupakan tarikan di kedai ini.
Lokasi kedai ini adalah betul-betul terletak bersebelahan Stadium Sunga Ara dan berdekatan dengan Penang International Sports Area (PISA) atau sekarang lebih dikenali sebagai SPICE. Tak salah nak mencuba sesuatu yang baru kan?

10. Ikan Bakar Adnan Bin Hassan

Ikan Bakar Adnan Bin Hassan
Kalau bercuti di Penang tak mencuba Ikan Bakar Telur Tempoyak memang tak sah dan kalau nak tahu tempat makan ini antara pilihan utama kami sekiranya ke Pulau Pinang. Memang tak boleh miss kesini kalau ke negeri ini. Memang sedap ikan bakar disini.
Jika nak mencari restoran ini anda boleh ke D’ Seafood Paradise yang terletak di Teluk Tempoyak di tepian pantai. Jika tak jumpa anda boleh tanya orang disekiling Ikan Bakar Adnan Bin Hassan atau Ikan Bakar Teluk Tempoyak. Disini hanya ada satu ikan bakar sahaja dan sekiranya anda ingin memesan makanan lain seperti air, sotong goreng tepung atau sebagainya anda perlu memesan dari gerai lain. Gerai ini dibuka bermula dari 6.00 petang sehingga 11.30 malam dan ditutup pada setiap hari isnin.

PENGINAPAN

1. Ink Hotel | Dari RM110 Semalam

Ink Hotel Penang
Ink Hotel yang terletak di Georgetown ini menawarkan bilik moden yang selesa dengan harga bawah RM150 semalam. Kerana hotel ini berhampiran dengan Komtar anda tidak jauh dari pusat membeli belah dan gerai makanan popular di Pulau tersebut.
Jika anda mahu ke Pantai Batu Ferringhi pula, anda hanya perlu memandu selama 30 minit sahaja untuk kesana.
Bilik di Ink Hotel Penang
Didalam bilik moden hotel ini anda dapat menjumpai kelengkapan seperti TV beserta Astro, peralatan membuat minuman panas, bilik mandi persendirian dan Wifi percuma di dalam bilik.
Harga: RM110
Lokasi: 43, Jalan Siam, Georgetown, 10400 Pulau Pinang

2. Tune Hotel Georgetown | Dari RM124 Semalam

Tune Hotel Penang
Seperti mana anda tahu rangkaian hotel Tune memang terkenal dengan harga biliknya yang rendah dan keselesaan yang bagus. Ramai dari mereka yang datang ke Pulau Pinang untuk lawatan sambil bekerja menjadikan hotel ini pilihan utama mereka untuk semasa berada di pulau ini.
Hotel ini terletak berdekatan dengan New World Park dan hanya 5 minit sahaja masa memandu untuk ke Komtar.
Bilik Double di Tune Hotel Penang
Bilik di sini pula datang lengkap dengan penghawa dingin dan bilik mandi persendirian. Untuk kemudahan tetamu, Wifi percuma juga dapat dilayari daripada bilik anda sendiri. Parking disediakan tetapi tempat adalah terhad dan bayaran dikenakan.
Harga: Dari RM124
Alamat: 100, Jalan Burmah, Section 15, Georgetown, 10050 Pulau Pinang

3. Chulia Heritage Hotel | Dari RM130 Semalam

Chulia Heritage Hotel Penang
Pasti anda tertanya apa maksud disebalik basikal yang tersusun rapi didepan hotel ini? Selain daripada menawarkan bilik selesa dengan harga bawah RM130 semalam Chulia Heritage Hotel ini juga memberi anda peluang untuk menyewa basikal untuk bersiar-siar  jika anda berminat.
Chulia Heritage Hotel Penang 2
Bilik yang kelihatan kemas serba putih ini datang lengkap dengan pengawa dingin, TV beserta Astro dan juga tempat duduk untuk anda merehatkan diri.
Mengikut jenis bilik, ada sesetengah bilik yang datang dengan bilik air peribadi dan ada yang menyediakan bilik aier berkongsi.
Apa yang menarik dengan hotel ini adalah ia berada hanya 10 minit sahaja masa memandu ke Gurney Drive.
Harga: Dari RM130
Alamat: No. 380, Chulia Street, Georgetown, 10200 Pulau Pinang

14. Kim Haus Loft | Dari RM143 Semalam

Kim House Loft Penang
Kim Hous Loft yang bertempat di George Town ini menawarkan bilik hotel dengan seni bina moden untuk mereka yang mencari pengalaman yang luarbiasa. Jika anda melihat rating untuk hotel ini, ia telah menerima penilaian yang setanding dengan hotel 3 bintang yang popular di Pulau ini walaupun harganya lagi rendah.
Bilik Double di Kim Haus Loft
Untuk rekreasi, anda dapat menggunakan meja pool atau menyewa basikal daripada pihak hotel. Antara tempat menarik yang terletak berdekatan dengan hotel adalah Prangin Mall dan Muzium Pinan Peranakan.
Harga: Dari RM143
Lokasi: No.9 & 11, Campbell Street, Lebuh Carnarvon, Georgetown, 10450 Pulau Pinang

1. Sunway Hotel Georgetown | Dari RM200 Semalam

Sunway Hotel Penang
Tidak kira anda datang untuk bercuti ataupun bekerja Sunway Hotel Georgetown anda tidak akan kecewa sesuai untuk memulakan dan menamatkan hari anda di Pulau Pinang nanti.
Hotel yang menawarkan 250 buah bilik yang selesa ini datang lengkap dengan TV beserta Astro, peti keselamatan, pilik air peribadi dan kemudahan membuat teh dan kopi.
Bilik di Sunway Hotel Penang
Anda juga dapat mengunakan kolam renang luaran ataupun bersenam di pusat kecergasan yang disediakan.
Harga: Dari RM200
Alamat: 33 New Lane, Georgetown, 10400 Pulau Pinang

TRAVEL TIPS

Pulau Pinang seperti diketahui umum sangat dikenali sebagai tempat percutian best kat Malaysia sehinggakan mendapat jolokan nama ‘syurga makanan’. Mana taknya, kat Penang ni kalau bab makan sehari memang tak cukup nak cover semua tempat makan best.
Pada korang yang nak ke Penang tapi rasa macam malas nak drive terutamanya pada korang dari arah Selatan, korang boleh naik high speed Electric Train Service (ETS) yang bermula dari Gemas dan akan turun di stesen Butterworth. Sangat berbaloi bagi korang yang ingin menikmati permandangan kerana harga tiket sehala bagi dewasa hanya RM83 dan kanak-kanak RM46. Murah dan jimat masa.
Korang juga boleh naik bas ke Pulau Pinang. Lagi mudah sebenarnya sebab korang boleh pilih untuk terus turun ke bahagian pulau ataupun diseberang. Di bahagian pulau, korang boleh turun di Terminal Bas Komtar, George Town manakala di bahagian seberang Pulau Pinang pula korang boleh turun di Terminal Pengangkutan Sementara Penang Sentral. Bajet naik bas dari Johor Bahru ke Pulau Pinang lebih kurang RM70 sehala. Dari seberang nak ke pulau pula, korang boleh enjoy naik feri rasa angin laut.
Kalau nak naik kapal terbang pun orait juga, tapi korang kena plan awal-awal sebab harga tiket ke Pulau Pinang ni berbeza-beza harganya. Paling rendah kalau beruntung dapat bawah RM20 pun ada melalui promosi Air Asia.
Berikut merupakan tips yang anda perlu tahu jika melancong ke Pulau Pinang menggunakan pengangkutan awam.
1.Ketahui tempat-tempat menarik di Pulau Pinang
Tips paling penting, korang kena buat homework tempat-tempat yang korang nak lawat. Kalau tak buat homework, memang korang akan terlepas banyak tempat best tambah-tambah kalau cuti korang tu setakat 3 hari. Mana cukup.
Gambar: Narrow Marrow @ George Town
Gambar: Le 楽 @ George Town
2.Pilih tempat menetap yang strategik
Penginapan bukan satu masalah bila korang di Pulau Pinang terutamanya dikawasan bandar atau kawasan pelancongan. Bukan sahaja dapat jimatkan masa anda untuk bergerak ke satu tempat malah dapat juga jimatkan kos pengangkutan. Georgetown dan Batu Feringghi selalunya menjadi pilihan utama pelancong  kerana kawasan ini berdekatan dengan banyak tempat menarik.
3.Rancang perjalanan sepanjang percutian
Merancang itu wajib! Bila korang dah tahu tempat-tempat yang korang nak pergi dan booking tempat tinggal, sekarang ni korang kena susun jadual apa yang korang nak buat kat sana. Kena plan dari point A ke point B. Macam mana nak ke sana, apa yang nak buat kat sana dan berapa bajet diperlukan.
Gambar: Dan Café Georgetown
Gambar: The Habitat Bukit Bendera
Gambar: Batu Feringgi
4.Kenali jenis pengangkutan awam
Kat Pulau Pinang ada banyak jenis pengangkutan awam. Macam biasa korang boleh naik bas RAPID. Pengangkutan bas RAPID Pulau Pinang sangat efisien so korang tak perlu risau. Boleh pergi official website untuk refer jadual bas.  Naik feri pun syok jugak especially kalau korang nak elak jam bila nak ke seberang.
Gambar: Naik feri, perjalanan dari pulau ke seberang sejam sekali
Lepas tu korang boleh jugak naik beca untuk ke destinasi yang dekat-dekat. Jangan naik beca lepastu suruh dia hantar dari Georgetown ke Batu Feringgi pulak. Kang patah kaki dia nanti berkayuh. Kalau rasa malas naik bas, ambik je Grab.
Lagi satu, mungkin ramai yang tak tahu lagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berbelanja sebanyak RM15 juta tahun ini untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma CAT yang merangkumi semua pelusuk negeri tak kira di pulau atau seberang.
5.Fahami jalan disekitar Pulau Pinang
Perjalanan korang akan lebih smooth kalau korang dah study map Pulau Pinang. Paling teruk pun korang kenalah tahu Batu Ferringhi tu kat belah utara, Georgetown belah timur, Bayan Lepas belah selatan dan Balik Pulau belah barat pulau manakala Seberang Perai tu dekat mainland. Barulah seronok berjalan!
Lepastu kalau bercuti di Penang, bukan belah pulau je yang best. Ramai yang terlepas pandang sebenarnya kat Penang seberang pulau pun sama banyak tempat yang best macam Kelip-Kelip dan Hutan Lipur Bukit Panchor
Gambar: Kelip-Kelip di Nibong Tebal Sungai Kerian
Dengar cerita lepas ni kat Penang akan ada LRT. Sistem LRT ini akan merangkumi kawasan strategik iaitu KOMTAR, Bayan Lepas FIZ dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Lagi senang la bercuti kat Penang tanpa perlu drive kereta ke sana nanti.