Tempat Tarikan


1. Pantai Batu Ferringhi


Pantai Batu Ferringhi adalah sebagai destinasi yang terakhir untuk entri.Bagi yang selalu datang ke Pulau Pinang anda pasti akan bersetuju bahawa Pantai Batu Ferringhi ini merupakan pantai yang paling popular di Pulau Pinang.
Di sini juga anda dapat berjalan di atas pantai pasir yang luas sambil menikmati tiupan angin laut yang nyaman. Selain daripada itu anda juga boleh melakukan dengan aktiviti sukan air seperti jetski dan parasailing.

Lokasi : Pantai Batu Ferringhi, Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

2. Gurney Drive


Jika anda mencari tempat makan paling menarik di Pulau Pinang jangan lupa singgah ke Gurney Drive. Tempat ini menjadi meriah pada waktu malam dengan setiap warung yang menyediakan hidangan yang berbeza kerana anda tidak kurang pilihan makanan untuk dipilih.



Kerana laut hanya dalam beberapa minit sahaja dari tempat ini jika anda pilih untuk ke sana pada waktu malam. Anda boleh makan dalam keadaan rileks sambil menikmati tiupan angin laut yang nyaman. Disebabkan  populariti Gurney Drive ini semakin meningkat, terdapat banyak apartment dan hotel baru yang didirikan di sini dan tempat ini menjadikan kawasan perdagangan kedua paling sibuk di pulau tersebut.

Lokasi : Gurney Dr, George Town, 10250 Pulau Pinang

3. Fort Cornwallis



Fort Cornwallis ini merupakan tempat pertama Sir Francis Light menjejak kakinya ke bumi Malaysia pada tahun 1876.

Banyak dari infrastuktur asalnya masih berdiri kukuh dan anda berpeluang untuk melihat beberapa bangunan bersejarah yang pada zaman itu memainkan senjata dan kelengkapan perang.

Waktu Operasi : Isnin - Ahad  ( 9.00a.m - 6.30 pm )

Lokasi : Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, George Town, 10200 Pulau Pinang.

4. Bukit Bendera


Bukit Bendera ini merupakan stesyen bukit british yang tertua di Asia Tenggara dan diatas terdapat 52 lot bunglow yang dibina pada 100 tahun dahulu.

Untuk ke puncak anda tidak perlu berjalan kerana anda boleh menaiki funicular train service. Banyak aktiviti menarik menanti anda di  puncak nanti seperti melihat pemandangan Pulau Pinang yang mengkagumkan di Skydeck, melihat gelagat lucu burung hantu di owl muzium dan sebagainya.

Lokasi : 442, Jalan Bukit Bendera, Ayer itam, 11500 Pulau 

Pinang.

5. Taman Negara Pulau Pinang



Taman Negara Pulau Pinang adalah taman Negara yang paling kecil di Negara ini dan ia diberi nama hutan simpan Aceh oleh penduduk tempatan. Kalau anda kaki mengembara dalam hutan, anda pasti akan melawat tempat ini kerana ia terletak berhampiran dengan pantai Kerachut. Ia juga sebuah tempat popular untuk memancing

Lokasi : Pejabat Taman Negara P.Pinang, Jalan Hassan Abbas, Balik Pulau, 11050 Pulau Pinang.

6. Muzium Perang




Sebelum ia diubah suai menjadi muzium, asalnya tempat ini berfungsi sebagai kubu dan kem kerajaan British semasa  Perang Dunia Kedua. Di dalam muzium ini anda dapat bersiar sambil melihat pelbagai pameran dan bangunan peninggalan tentera British seperti  bilik yang digunakan untuk menyiksa tahanan perang dan tempat mereka menyimpan senjata. Pelawat akan dikenakan bayaran masuk RM22 untuk dewasa danRM11 untuk kanak-kanak. Beroperasi setiap hari bermula daripada 9 pagi hingga 6 petang. 

Alamat: Jalan Batu Maung, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang



7. Rumah P Ramlee

                             

Tahukah anda Seniman Negara yang terkenal P Ramlee telah berasal dari negeri Pulau Pinang? Rumah P Ramlee dipelihara sehingga ke hari ini dan jika anda mahu mengenali seniman kesayangan negra kita, jangan lupa singgah sebentar. Masuk ke dalam, anda dapat mendengar lagu beliau dimainkan tanpa henti dan di setiap pelusuk rumah teersebut dipamerkan kisah hidup, pencapaian dan jasa beliau untuk industri filem dan muzik tanah air. Tiada bayaran masuk dikenakan. Beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Terletak di Lot 2180, Jalan P Ramlee, Taman Kapar, Georgetown 10460 Pulau Pinang.

8. Saanen Dairy Goat Farm

Saanen Dairy Goat Farm ini percuma untuk dilawati dan pengunjung diberi peluang untuk memberi makanan kepada haiwan yang terdapat di sana. Ladang ini terletak berhampiran dengan Jalan Sungai Pinang dan ia mengeluarkan pelbagai produk yang dihasilkan oleh susu kambing seperti susu, yogurt dan jelly kambing. Waktu operasi adalah setiap hari.

Alamat: 298, Mukim 1 Sungai Pinang 11010 Balik Pulau. Penang


9. Toy Museum Heritage Park



Di Toy Museum Heritage Park anda dapat lihat koleksi peribadi seorang penggemar pemainan yang dikumpul selama 40 tahun. Di sana, anda berpeluang unutk melihat sebanyak 120,000 permainan dan anak patung baru dan watak kartun terkenal bertema filem hollywood, Komputer Game dan komik.

10. Masjid Kapitan Keling


Masjid ini dibina pada tahun 1801 oleh tentera East India Company yang beragama Islam. ia merupakan antara masjid terawal yang didirikan di Geogetown dan meminjam nama dari ketua komuniti askar india muslim bernama Cauder Mydin Merican. Masjid ini merupakan masjid utama di negeri ini sebelum masjid negeri Pulau Pinang dibina.

No comments:

Post a Comment