Senarai tempat makan sedap di Pulau Pinang ini
adalah untuk rujukan kepada anda yang ingin mencari lokasi tempat sedap yang
ada di Pulau Pinang sama ada yang ke negeri ini untuk bercuti atau pun atas
urusan kerja.
Di Penang, selain daripada tempat menarik, hotel dan tempat membeli-belah,
negeri ini juga banyak tempat makan sedap yang anda boleh cuba. Kalau bercuti
ke Pulau Pinang tak sah kalau tak pekena nasi kandar, pasembur, char kuew teaw,
rojak, kari, kurma, laksa penang dan macam-macam lagi kerana Penang sememangnya
terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang berasaskan rempah dan layak
dikatakan sebagai syurga makanan.
10 Tempat Makan Sedap Di Pulau Pinang
Disini kami kumpulkan beberapa tempat makan sedap di
Pulau Pinang yang boleh anda kunjungi bila ke negeri ini dan senarai
ini kami susun untuk memudahkan anda mencari lokasi tempat makan sedap di Pulau
Pinang untuk menjadikan percutian anda ke negeri ini lebih bermakna.
Semoga dengan senarai 10 tempat makan sedap di Pulau
Pinang ini dapat membantu anda mencari dan memilih tempat makan yang
sesuai dengan selera anda. Jom kita lihat senarai tempat makan sedap di Pulau
Pinang dibawah.
1.
Restoran Hameediyah
Restoran Hameediyah merupakan restoran nasi kandar yang
paling lama bertapak di Lebuh Campbell, Penang sejak dari tahun 1907 lagi.
Menurut orang-orang di sini, kalau nak rasa nasi kandar yang asli dan sedap
kena pergi ke Restoran Hameediyah. Menurut sumber media tempatan, lebih 50 chef
dari luar negara yang telah mengiktirafkan kesedapan menu-menu makanan dari
Restoran Hameediyah ketika di majlis makan malam bersempena Festival Makanan
Asia pada tahun 2014.
Seperti kebanyakan kedai makan nasi kandar yang lain, mereka
juga menyediakan nasi beriyani, roti canai, masakan kurma, kari, dalcha sotong,
okra, rojak dan juga murtabak. Kedai ini dibuka setiap hari kecuali Jumaat dari
pukul 11 pagi sehinggalah ke 11 malam. Kalau nak makan lauk tengahari yang
fresh dan panas-panas, kenalah datang awal-awal.
Selain kerana rasanya yang sedap, harga makanan-makanan di
sini juga berpatutan. Dan rasa dia dari dulu sampai sekarang sentiasa
konsisten. Bukan seperti di setengah tempat, sekejap sedap sekejap tak. Tengok
dia punya kari udang atas macam mahal. Tapi hanya antara RM 7- RM12 sahaja.
2. Teochew Chendul (Penang Road)
Kalau nak rasa cendol terbaik di Pulau Pinang ni anda boleh
berkunjung ke TeoChew Chendul yang terletak di Lebuh Keng Kwee untuk rasa
cendol yang memang terkenal disini. Bila dah sampai sini jangan pula anda
terkejut jika ramai orang beratur untuk beli cendol sebab keadaan beratur tu
memang macam tu hari-hari.
Nak beli makanan pun beratur, masa tengah makan
pun kena beratur sebab tak cukup tempat. Memang inilah penangan cendol terbaik
ini dan servis pun laju. Memang tak menyesal rasa cendol disini lagi-lagi waktu
panas dan penat berjalan-jalan disekitar Pulau Pinang. Memang best!
3.Abang Misai Char Koay Teow
Menggunakan tagline “telur ayam dibasuh” menjadikan
Abang Misai Char Koay Teow menjadi pilihan ramai kerana menjamin kebersihan setiap
masakannya. 3 menu utama di sini yang menjadi pilihan pelanggan-pelanggan di
Penang ialah sudah tentu Char Kuew Teaw, Kuew Teaw Ala Cina dan Nasi Goreng
Udang. Besaq-besaq udang yang dia sajikan disini.
Alamat: Jalan Permatang Tinggi,Taman Markisah 14000 Simpang Ampat. Pulau Pinang
Alamat: Jalan Permatang Tinggi,Taman Markisah 14000 Simpang Ampat. Pulau Pinang
4. Restoren Sup Hameed
Jika anda penggemar sup dan ingin merasa sup yang digemari
ramai terutamanya di Penang ni, anda boleh cuba makan di Restoran Sup Hameed.
Gelaran ‘Best Soup in Town‘ antara gelaran yang diberikan kepada mereka
kerana keenakkan sup yang memang memikat hati pada sesiapa sahaja yang
merasainya.
Untuk mencari restoran ini tidak susah kerana
restoran ini terletak di Jalan Penang berdekatan dengan Sekolah Convert. Hirup
sup sambil cicah dengan roti memang menyelerakan. Nak cuba sup mereka anda
boleh datang kesini.
5. Fisherman Grill
Kalau nak merasa makanan laut yang segar dengan masakan
jenis ala barat dan melayu sket-sket, bolehlah ke restoren 4 bintang ini iaitu Fisherman Grill. Restoran
ini dibuka setiap hari Selasa sehinggalah ke hari Ahad. Kalau nak makan
tengahari bermula pukul 11.30 pagi sehinggalah ke pukul 2.30 petang. Kalau
lambat melepas lah sebab lepas pukul 2.30 petang kedai ni akan ditutup dan
dibuka semula bermula 6 petang sehinggalah ke 10.30 malam.
Mereka akan menyediakan menu-menu berdasarkan ikan atau
hidupan laut apa yang segar pada hari-hari tertentu. Setiap hari pemilik kedai
atau chefnya yang akan ke pasar untuk mencari ikan-ikan dan makanan laut untuk
dijadikan menu masakan. Yang mana best dan fresh mereka akan beli dan masak dan
hidangkan kepada pelanggan. Antara ikan yang menjadi menu wajib seperti siakap,
jenahak, kerapu, kirisi bali (biji nangka), udang galah dan sebagainya.
Bagi yang alergik nak makan seafood, jangan
bimbang Fisherman Grill juga ada menyediakan menu makanan yang berasaskan ayam,
kambing dan lembu. Antara menu yang menarik di sini ialah Bombay Lamb dan
antara menu yang paling mendapat permintaan ramai di sini ialah Udang Harimau dengan
Seafood Thermidor! Kalau datang honeymoon, semestinya satu tempat makan menarik
di waktu malam bersama yang tersayang di area Penang.
Alamat: 300-X-1, Jalan Dato Ismail Hashim, Desa Ria, 119000 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Alamat: 300-X-1, Jalan Dato Ismail Hashim, Desa Ria, 119000 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
6. Roti Bakar Transfer Road
Lokasi menarik untuk sarapan pagi adalah dengan berkunjung
ke Roti Bakar Transfer Road. Berdekatan sahaja dengan Nasi Padang International
Hotel ini, gerai roti bakar dan roti canai ini menjadi tenpat kegemaran bagi
setiap pengunjung dari serata dunia.
Antara menu yang boleh dicuba adalah roti bakar
telur goyang dan sudah semestinya roti canai ayam yang memang terbukti sedap!
Mudah saja untuk jumpa gerai ini, kalau tengok dekat Transfer Road tu ada gerai
yang ramai orang, itulah tempatnya.
7. Nasi Kandar Deen Maju
Salah satu restoran nasi kandar yang terbaik di Penang yang
anda boleh cuba adalah di Nasi Kandar Deen Maju yang terletak di Jalan Gudwara,
Georgetown. Restoran ini dah lama beroperasi disini dan mempunyai pelanggan
setianya setiap hari. Kalau datang kesini memang tak sah kalau kena beratur.
Jadi anda perlu bersabar jika ingin menikmati nasi kandar disini. Maklumlah
nasi kandarnya memang terbaik.
Restoran ini beroperasi dari jam 2.30 petang sehingga 11.00
malam. Sesiapa yang datang kesini jangan lupa untuk cuba ayam gorengnya yang
memang menjadi buah mulut orang ramai dan pastikan anda datang awalnya kalau
tak nak beratur panjang-panjang.
8. Rojak Pasembor
Kalau datang ke Penang tak pekena Rojak Pasembor
memang rugi
dan kalau anda nak rasa pasembor yang
terbaik anda boleh datang ke Famous Pasembur Gurney.
Disini terdapat pelbagai jenis bahan rojak yang boleh anda
pilih. Tetapi diigatkan pilih yang betul-betul anda nak makan
sahaja dan kawal
nafsu sebab memang rambang mata lihat
bahan rojak disini. Bukan apa takut membazir pulak nanti.
Waktu yang terbaik makan kat sini adalah waktu
malam
kerana memang layan makan rojak pasembor sambil
melayan angin malam. Lokasi ini juga dekat dengan Pantai
Batu Feringgi. Jadi angin malam dari laut tu memang terasa.
Lepas makan rojak pasembor ni lepas tu jalan-jalan
menikmati keindahan persekitaran bandar Georgetown
memang best.
kerana memang layan makan rojak pasembor sambil
melayan angin malam. Lokasi ini juga dekat dengan Pantai
Batu Feringgi. Jadi angin malam dari laut tu memang terasa.
Lepas makan rojak pasembor ni lepas tu jalan-jalan
menikmati keindahan persekitaran bandar Georgetown
memang best.
9. Koo Boo Cafe
Nak rasa makanan lain daripada yang lain? Anda boleh cuba
Nasi 7 benua yang terdiri daripada nasi minyak, nasi tomato, nasi lemak, nasi
hujan panas, nasi lemuni, nasi putih dan nasi kacang. Anda juga boleh menambah
lauk-lauk lain seperti sambal, ayam goreng, ikan, telur dan macam-macam lagi.
Memang warna warni hidangan ini dan ia merupakan tarikan di kedai ini.
Lokasi kedai ini adalah betul-betul terletak
bersebelahan Stadium Sunga Ara dan berdekatan dengan Penang International
Sports Area (PISA) atau sekarang lebih dikenali sebagai SPICE. Tak salah nak
mencuba sesuatu yang baru kan?
10. Ikan Bakar Adnan Bin Hassan
Kalau bercuti di Penang tak mencuba Ikan Bakar Telur
Tempoyak memang tak sah dan kalau nak tahu tempat makan ini antara pilihan
utama kami sekiranya ke Pulau Pinang. Memang tak boleh miss kesini kalau ke
negeri ini. Memang sedap ikan bakar disini.
Jika nak mencari restoran ini anda boleh ke D’
Seafood Paradise yang terletak di Teluk Tempoyak di tepian pantai. Jika tak
jumpa anda boleh tanya orang disekiling Ikan Bakar Adnan Bin Hassan atau Ikan
Bakar Teluk Tempoyak. Disini hanya ada satu ikan bakar sahaja dan sekiranya
anda ingin memesan makanan lain seperti air, sotong goreng tepung atau
sebagainya anda perlu memesan dari gerai lain. Gerai ini dibuka bermula dari
6.00 petang sehingga 11.30 malam dan ditutup pada setiap hari isnin.
Alamat: Jalan Teluk Tempoyak, Kampung Teluk Tempoyak Besar 11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Alamat: Jalan Teluk Tempoyak, Kampung Teluk Tempoyak Besar 11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang
No comments:
Post a Comment